Friday 5 January 2018

Tak ada isu tak ada publisiti diri, kini Husam tunggu Kerajaan PAS Kelantan Saman dia atas pendedahan fail sulit semasa dia jadi exco dulu


Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Husam Musa menegaskan beliau bersedia menanti tindakan saman daripada pihak kerajaan negeri Kelantan susulan pendedahan beliau mengenai isu Lebuh Raya Rakyat.

Menurut Husam, kenyataan Exco Infrastruktur, Utiliti dan teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad mengenai penamatan kontrak Lebuh Raya Rakyat itu juga memberi 'harga' terhadap apa yang diperkatakannya.

"Saya gembira adanya tindak balas daripada kerajaan negeri semalam, sekurang-kurangnya atas satu isu yang saya bangkitkan pada hujung tahun 2017.

"Walaupun lambat,itu tidak menjadi masalah besar asalkan ada respon, walaupun dalam isu yang lain yang dibangkitkan sama tidak dijelaskan oleh kerajaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semalam, Malaysiakini melaporkan exco kerajaan negeri Kelantan itu tampil menjawab dakwaan Husam yang juga ADUN Salor itu berhubung isu penamatkan kontrak pemaju Lebuh Raya Rakyat.

Tekanan tertentu


Menurutnya, kerajaan negeri dimaklumkan oleh anak syarikat JKSB bahawa mereka tidak dapat meneruskan kerja-kerja pembinaan lebuh raya tersebut atas tekanan tertentu.

"(Pemaju) ialah anak syarikat kerajaan persekutuan. Kita berunding, kita tidak tamatkan dan kita buat mutual agreement (persetujuan bersama).

"Ini bermakna mereka rela serah dan kita setuju penyerahan itu. Tapi (bukan dengan) terma penamatan kontrak, sebaliknya persetujuan kedua-dua pihak dengan syarat-syarat tertentu," katanya.

Terdahulu, Husam yang juga anggota Dewan undangan negeri (ADUN) Salor mendedahkan kerajaan negeri menamatkan kontrak bersama dengan syarikat berkenaan dan berdepan dengan satu tindakan saman.

Pendedahan Husam itu dibuat dalam satu forum yang diadakan di Kota Bharu, minggu lalu.

Respon kerajaan lambat, terbatas


Susulan kemungkinan berdepan saman oleh kerajaan negeri yang mendakwa beliau menfitnah, Husam berkata, pendedahannya adalah benar dan kerajaan Kelantan cemas dengannya.

"Kerana itu, respon kerajaan Kelantan sangat lambat, terbatas dan lebih berunsur ugutan dari penjelasan," ujarnya.

Husam turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang sering berselindung dengan 'dokumen sulit' setiap kali sesuatu perkara dibangkitkannya.

"Sekali lagi, kali ini exco Kerajaan Kelantan mengancam mengambil tindakan kerana dokumen yang saya paparkan pada malam 28hb itu adalah 'dokumen penting'.

"Apakah bezanya dalam etika berkerajaan antara Kerajaan Islam PAS dengan kerajaan BN yang dikatakan sekular?

Selindung, sulit dan rahsia


"Kenapa PAS tidak sanggup bersikap telus dalam masalah kemaslahatan negeri dan rakyat dan lebih suka berlindung di belakang 'sulit' dan 'rahsia'?" Soalnya.

Tambah bekas naib presiden PAS itu, fakta dikemukakan beliau berdasarkan dokumen tertentu dan kerana itu kerajaan negeri, demi melindungi sesuatu yang tidak baik, terpaksa secara terbuka mengugut untuk mengambil tindakan terhadapnya atau pihak yang membocorkan dokumen itu.

"Sama ada rakyat Kelantan boleh menerima atau tidak tindakan PAS merahsiakan sesuatu yang buruk dari rakyat, terpulang kepada rakyat Kelantan tentukan dalam PRU nanti.

"Jika fakta saya salah, apa perlunya ugutan untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang memberikan dokumen kepada saya? katanya.


GS - Bila kita jadi pemimpin kita kena tahu mana satu fail sulit dan fail umum untuk pendedahan awam. Itu prosedur biasa bagi mengelak perkara sulit dimanipulasi pihak tertentu. Tapi Husam bodoh dalam perkara ini, tak hairan fail sulit post mortem PAS Kelantan boleh terdedah ditangan Kicdefella. Itu hebat Husam jadi pujaan HARAPAN.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive