Saturday 13 January 2018

Setelah “Makan” PKR dan AMANAH (PAN), Kini Bersatu sedang “gigit” DAP pula!


Kajian baru-baru ini oleh penganalisis Wan Saiful Wan Jan menunjukkan bahawa ketakutan mendalam terhadap DAP di kalangan orang Melayu luar bandar akan menjadi penghalang kepada parti-parti Pakatan Harapan (HARAPAN), terutamanya BERSATU.

HARAPAN sebelum ini dilihat meletakkan tugas meraih undi di kawasan majoriti Melayu kepada BERSATU, namun kebanyakan orang Melayu luar bandar yang ditemu ramah memberitahu Wan Saiful bahawa dengan tidak mengundi BN hanya akan memberi kuasa kepada DAP.

Susulan itu, Pengarah Media BERSATU Johor Mohd Solihin Badri berkata beliau bersetuju dengan penilaian Wan Saiful itu namun percaya masalah itu dapat diatasi jika DAP menggunakan logo BERSATU dalam pilihan raya akan datang.

"Saya tidak kata saya setuju dengan dapatan (kajian Wan Saiful) bahawa 85 peratus tidak suka DAP. Saya kata memang wujud rasa tidak selesa di kalangan orang Melayu terhadap DAP.

"Saya harap pucuk pimpinan boleh mengambil keputusan untuk menggunakan satu logo, dan logo itu tidak menggambarkan sesuatu yang tidak disukai orang Melayu," katanya.

Hasil propaganda Umno


Solihin menambah, logo BERSATU akan memudahkan HARAPAN memperkenalkan calon mereka.
Menurut Solihin yang pernah menjadi ketua cabang Umno, ketakutan Melayu terhadap DAP merupakan hasil propaganda Umno.

“Memang wujud cerita, sebab Umno dah buat sekian lama.

“Saya ahli jawatankuasa dalam Umno sebelum ini, jadi saya tahu apa saya buat sebelum ini dan ini adalah hasilnya,” katanya.

Solihin berkata dia akan cuba membantu menerangkan kepada pengundi Melayu di Johor bahawa ketakutan mereka terhadap DAP tidak berasas kerana jumlah kerusi DAP tidak banyak.

“Saya diberitahu DAP akan bertanding 13 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN), sama dengan pilihan raya umum sebelum ini. Itu bagus.

“Ia tidak akan menjejaskan kuasa politik orang Melayu,” katanya.

Kajian Wan Saiful itu yang diterbitkan oleh ISEAS-Yusof Ishak Institute, Singapura dikatakan kajian pertama seumpamanya berkenaan sentimen terhadap BERSATU.

Wan Saiful juga menjelaskan BERSATU mempunyai pengaruh yang sedikit ketika kajian itu diadakan tahun lalu.

Pengundi Melayu di Johor, kata Wan Saiful, percaya bahawa orang Melayu terpinggir di Singapura dan mereka akan menerima nasib sama sekiranya parti lain selain BN berkuasa.

BERSATU ditubuhkan tahun lalu oleh sekumpulan ahli dan pemimpin Umno yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Parti itu menganggap Johor sebagai negeri yang mempunyai potensi untuk memberi kemenangan kepada HARAPAN.


XOXO - Setiap kajian biasanya ada tuan empunya kajian. Tun Mahathir bijak mengatur langkah. Biasalah dia kata Najib guna duit sebagai "Maney Is King" tapi dalam masa sama Mahathir mengunakan duit membeli HARAPAN. Satu persatu jatuh meluntut kepada Mahathir. Kenapa pimpinan HARAPAN bodoh untuk berfikir jauh?

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive