Thursday 18 January 2018

Sekadar Menjawab Pertanyaan Mahathir... Juga... Memperingati Dia... Mana tahu Dia Dah Lupa...


Selepas lebih seminggu diumumkan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bertanya tentang calon perdana menteri PAS.

“Kita nak tahu PAS ni nak bertanding siapa calon perdana menteri dia? Calon Najib ke, calon saya ke, itu kita nak tahu,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya hari ini.

Mahathir politiknya memang bijak, apabila ramai orang mempersoalkan kenapa HARAPAN meletakkan dia sebagai calon Presiden dan pendedahan daripada Khalid Samad bahawa Mahathir sendiri mencadangkan dirinya sebagai calon PM dalam mesyuarat HARAPAN dia alih isu ini kepada PAS.

Tapi memang dia mudah lupa. Dulu dia juga bercakap bahawa Hadi lebih baik daripada Anwar jadi PM. Daripada dia nak ganti Anwar selepas dia jadi PM ke-7 baik dia ganti Hadi.

Mahathir makin dia bercakap makin jelas dia ini sudah nyanyuk dan menjilat ludahnya, Atau setidak-tidaknya dia mencangahi apa dia cakap semasa dia belum nyanyuk!

XOXO - Ada peribahasa politik mengatakan jika jumpa ular dan Mahathir lebih baik 'katok' Mahathir dulu.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment