Wednesday 17 January 2018

Memang Mahathir Mudah Lupa... Zaman dia PM Pengangguran paling teruk... Teringat lagu Sudirman... Aku Penganggur!


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kewujudan lepasan universiti yang terpaksa menjual nasi lemak, menjadi pemandu Uber dan seumpamanya adalah petanda kegagalan kerajaan di negara ini.

Menurut bekas perdana menteri itu seseorang rakyat di negara ini memasuki universiti bukan bertujuan untuk menjadi penjual nasi lemak atau pemandu.

Katanya, golongan terbabit menyara hidup dengan menjual nasi lemak atau pemandu Uber kerana peluang pekerjaan tiada.

"Mereka terpaksa menjual nasi lemak sebab mereka tak ada peluang kerja, dan ini menunjukkan kegagalan keraaan mentadbir negara kita supaya orang yang terlatih dengan ilmu yang tinggi dapat pekerjaana yang memberi pendapatan setanding dengan tahap kebolehan mereka.

"Bukannya kita nak latih mereka nak jadi pemandu Uber dan penjual nasi lemak.

"Kalau kita nak (mereka jadi) jual nasi lemak, kita patut ada universiti yang mengajar kita bagaimana nak jual nasi lemak," katanya dalam program Policy Talk dan disiarkan secara langsung melalui Facebook hari ini.

Ekonomi tak baik


Dr Mahathir adalah pemimpin disegani ramai semasa berada dalam Umno dan pernah menjadi presiden parti itu selama 22 tahun.

Bagaimanapun berlaku ketegangan hubungan dengan Datuk Seri Najib Razak ekoran isu 1MDB yang kemudian membawa beliau meninggalkan Umno.

Dr Mahathir - bersama bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin - akhirnya menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dilantik sebagai pengerusi.

Selepas BERSATU menyertai dengan Pakatan Harapan (HARAPAN), Dr Mahathir dilantik menjadi pengerusi gabungan terbabit, dan dinamakan sebagai calon perdana menteri sebagai persediaan mereka menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.

Kata Dr Mahathir, sesuatu yang memalukan apabila ramai lepasan universiti di negara ini menjadi penjual nasi lemak.

"Sebaliknya mereka yang terlatih dengan kepakaran tinggi ini patut bekerja dengan menggunakan kebolehan dan ilmu yang mereka perolehi.

"Kita sedar oleh kerana ekonomi tak baik, peluang pekerjaan kurang, maka lepasan universiti terpaksa menjual nasi lemak.

"Kita tak boleh bangga dengan mereka yang terpaksa menjual nasi lemak atau menjadi pemandu Uber untuk menampung pendapatan sebab mereka tak ada pekerjaan," katanya.


XOXO - Setiap apa keluar daripada mulut Mahathir sebenarnya adalah dia meludah kepada dirinya sendiri.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment