Sunday 7 January 2018

Lahir daripada “Usus UMNO”(*), Membesar dengan duit rompakan rakyat, disingkir daripada umno dalam perembuatan kuasa, kini tuduh pas nak khalwat dengan umno.. stupid



Timbalan Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan PAS dan Umno kini sedang berkhalwat.

Muhyiddin berkata dakwaan tersebut dibuat beliau ekoran kerjasama yang terjalin antara kedua parti itu.

“PAS yang sebelum ini menunjukkan minat untuk bersama kita sudah pun terpisah, tidak bersama kita dan nampaknya mereka pun sedang berkhalwat dengan Umno,” kata Muhyiddin ketika berucap dalam Konvensyen HARAPAN 2018 di Ideal Convention Center (IDCC), Shah Alam, hari ini.

Kata Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ekoran keadaan itu HARAPAN kita mempunyai peluang lebih mudah untuk menawan Kelantan.

“Jadi untuk rakyat Kelantan lebih mudah, mereka akan sokong HARAPAN, mereka akan tentang sesiapa sahaja yang berkhalwat dengan Umno dan Umno sendiri dan insya-Allah HARAPAN akan mencapai kemenangan dalam pilihan raya nanti,” kata Muhyiddin.

GS - Kadang kala menjadi tanda tanya kenapa nama Muhyiddin tidak ada dalam cadangan PM jika HARAPAN SUCI menang PRU14 nanti. Andakah Mahathir kenal Muhyiddin macam kenal Anwar?

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive