Tuesday 23 January 2018

DAP Tuduh Parti WARISAN (Shafie Apdal) makan dedak, mesra BN


KOTA KINABALU: Gabungan pembangkang Sabah tidak boleh mempunyai satu parti yang dominan seperti yang berlaku dengan Umno, kata Penasihat DAP Sabah Jimmy Wong.

Bercakap pada sidang media hari ini, Ahli Parlimen Kota Kinabalu it berkata semua parti pembangkang harus bekerja secara berpasukan jika bersungguh menumbangkan kerajaan BN.


Wong khuatir melihat deklarasi demi deklarasi oleh parti tempatan, Parti Warisan Sabah, yang mana presidennya Datuk Seri Shafie Apdal menegaskan hasrat parti itu bertanding sendiri pada pilihan raya nanti.

Bagaimanapun bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu berkata beliau sedia bekerjasama dengan Pakatan Harapan, satu gabungan parti-parti pembangkang nasional yang disertai DAP. Shafie berkata PH patut membiarkan Sabah di tangan Warisan.

“Ini menunjukkan kamu cuba menguasai parti-parti lain. Warisan mahu bertanding sendiri di Sabah. Tiada satu parti boleh menang sendiri pada pilihan raya nanti. Mustahil. Sekiranya Shafie rasa Warisan boleh melakukannya, itu hanya imaginasinya,” kata Wong.

Beliau juga tersinggung dengan Shafie kerana berkata walaupun DAP menang 100 kali, parti itu tidak akan dapat membentuk kerajaan negeri.

Wong menasihatkan Warisan jangan angkuh kerana parti itu masih baharu dan belum teruji berbanding DAP yang mempunyai sejarah yang panjang dan bertahan lama.

Beliau berharap Warisan tidak terlalu menggunakan media untuk bercakap dengan rakan kerjasama yang berpotensi.

“Sebaliknya, marilah kita duduk bersama dan berbincang. Tetapi datang dengan niat baik,” katanya.

Secara peribadi, bekas pengerusi DAP Sabah itu melihat peranan Warisan seperti PPBM di Semenanjung, iaitu untuk menyerang kubu Umno.

Malangnya, parti pelbagai kaum itu menumpukan usaha di kawasan-kawasan di mana pihak pembangkang lain sudah kuat, katanya.

Mengenai parti tempatan lain, Wong sukacita Parti Cinta Sabah (PCS), sebuah parti majoriti Kadazandusun Murut, secara terbuka mengumumkan kesediaan bekerja rapat dengan PH.

DAP dan Presiden PCS Datuk Seri Wilfred Bumburing mempunyai hubungan yang baik dan para pemimpin DAP sering menghadiri acara parti tempatan itu sejak tahun lepas.

Bumburing meninggalkan gabungan pembangkang tempatan, Gabungan Sabah pada April tahun lepas, kerana mahukan gabungan lebih besar yang akan menyaksikan perikatan semua parti pembangkang, termasuk PH dan Warisan.

Mengenai Gabungan Sabah, Wong mengesyaki beberapa pemimpin dalam gabungan itu dan mendakwa mereka parti mesra BN.

“Mereka tidak mahu bekerjasama dengan kami. Itu bermakna mereka parti mesra BN. Mereka yang tidak mahu bekerjasama dengan PH adalah parti mesra BN kerana mereka menyukarkan usaha menumbangkan kerajaan,” katanya.

Beliau mengingatkan parti-parti tempatan Sabah bahawa akhirnya, perkara paling penting ialah siapa menguasai Putrajaya dan menukar kerajaan negeri akan tidak akan membawa kesan besar kalau mereka yang di Putrajaya kekal berkuasa.


XOXO - DAP bila ada kuasa lebih aje mula akan menunjuk taring dan melabel itu dan ini. Begitu juga mereka buat kepada PAS dalam Pakatan Rakyat. Semuanya nak suruh ikut telunjuk mereka.


Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment