Friday 5 January 2018

Azmin Tanding di Shah Alam: Azmin tak komen apa-apa pun, tiba-tiba Khalid Samad kata khabar angin berniat jahat



Anggota Palimen Shah Alam Khalid Samad hari ini menolak berita Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan bertanding di kerusinya pada pilihan raya umum ke 14 nanti.

Menyifatkannya sebagai cubaan berniat jahat untuk melaga-lagakan beliau dan Azmin serta parti masing-masing (AMANAH dan PKR), Khalid berkata hal ini telah diputuskan jawatankuasa pilihan raya Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Rumors itu kita tahu sumber ini dari siapa , saya percaya ia khabar angin tidak bertanggung jawab oleh orang yang berniat jahat yang nak laga-lagakan hubugan saya dengan Datuk Sri Azmin, AMANAH dan PKR.

"Kita ada jawatan kuasa rundingan kerusi, jadi jawatan kuasa rundingan kerusi itu bersidang dan boleh kata semua kerusi sudah selesai, dan kita dulu sudah bersetuju bahawa kerusi Shah Alam milik AMANAH .

"Dia sebagai timbalan presiden, tak mungkin dia tak ikut apa yang diputuskan dalam jawatan kuasa rundingan dan prinsip prinsip rundingan yang telah dipersetujui oleh semua. So obviously, he is the timbalan presiden of the party , he will set a good example for this party," Khalid memberitahu wartawan selepas menghadiri mesyuarat majlis presiden HARAPAN.

Khalid mengulas artikel Bernama semalam yang memetik sumber berkata Azmin dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dijangka akan bertanding di kerusi parlimen Shah Alam dan Hulu Langat pada PRU-14.

Azmin sekarang MP Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa manakala Zuraida pula ialah MP Ampang.

Sumber yang dipetik Bernama itu mendakwa kedua-dua mereka berserta nama-nama kerusinya telah diserahkan kepada jawatankuasa rundingan kerusi pilihan raya HARAPAN Selangor.



GS -  Naib Ketua PAN Sepang, Abdul Halim Mohd Sharif berkata beliau tidak terperanjat jika perkara tersebut benar-benar berlaku kerana ini bukan kali pertama PAN dikhianati oleh PKR.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive