Tuesday 23 January 2018

Tak Sesuai PKR Tanding Banyak Kerusi di Kelantan Kata Penganalisis Amanah (PAN)


Kemahuan PKR Kelantan bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat tidak sesuai kerana parti itu bersifat 'urban based party', kata penganalisis politik, Dr Mazlan Ali.

Menurut beliau, PKR hanya sesuai bertanding di kawasan bandar yang mempunyai kerusi campuran sekitar 55 peratus Melayu dan 45 bukan Melayu.

"Kemahuan PKR bertanding 15 kerusi di Kelantan adalah sesuatu yang di luar jangkaan ramai pemerhati.

"Tambahan pula jentera PKR di negeri-negeri pantai timur tidak kuat dan kurang berfungsi, justeru dikhuatiri tiadanya jaringan hubungan kuat antara parti dengan rakyat di peringkat akar umbi akan menyebabkan parti itu ditolak khususnya di kawasan pedalaman dan kampung-kampung di negeri Kelantan," kata Mazlan (gambar, bawah) kepada Malaysiakini.

Sabtu lalu, PKR Kelantan melaporkan hasrat meletakkan calon di 15 dari 45 DUN Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pada pilihan raya lalu, PKR Kelantan bertanding di lima kerusi DUN dan hanya memenangi satu kerusi di DUN Guchil, Kuala Krai.

Mazlan yang juga pensyarah kanan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) lebih sesuai bertanding lebih banyak kerusi di negeri itu.

PKR dekat dengan sosialisme


Katanya, AMANAH boleh memfokuskan kawasan Hilir Kelantan dan BERSATU di Hulu Kelantan.

"Kedua-dua parti ini lebih menepati cita rasa rakyat Kelantan yang akan memilih AMANAH sebagai alternatif kepada PAS dan memilih BERSATU sebagai alternatif kepada Umno.

"PKR bersifat 'urban based' dan ciri-ciri parti ini lebih dekat dengan sosialisme, tidak begitu sesuai dengan cita rasa rakyat pantai timur yang berpegang kepada Islam dan nasionalisme Melayu," ujarnya.

Bagaimanapun tambah beliau, itu bukan bererti PKR langsung tidak mempunyai peranan di Kelantan.

"Parti ini boleh diberi peluang bertanding di kawasan-kawasan bandar dan semi bandar Kelantan, tetapi tidak lebih dari lima kerusi DUN.

"AMANAH pula patut diberi peluang bertanding kerusi terbanyak di samping BERSATU yang boleh menumpukan kerusi-kerusi yang menjadi kubu Umno terutama di Gua Musang, Jeli, Machang, Tanah Merah dan Pasir Putih," kata Mazlan.


XOXO - Bukan PKR sahaja tak sesuai Amanah (Pan) pun sama, sekadar menjadi tongkat kepada UMNO secara sedar tak sedar. Berbuih mulut serang UMNO tapi akhirnya bodoh jadi tongkat UMNO.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment