Thursday 15 February 2018

6 bilionair Melayu lahir di bawah Mat Taib, Tapi Rakyat Selangor Penerima BR1M Tertinggi Negara...


Sambil mengecam kerajaan Pakatan Harapan yang mentadbir Selangor, bekas menteri besar negeri itu, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata, ada enam hartawan Melayu dilahirkan pada zamannya.

Kata Muhammad, melalui perancangan yang dibuatnya kerajaan Selangor yang ketika itu ditadbir BN berjaya mengeluarkan ramai usahawan Melayu.

"Zaman saya menjadi MB (menteri besar), hasil perancangan ketika itu, kita berjaya lahirkan enam bilionair Melayu, dan ramai lagi usahawan berjaya lain," katanya dipetik Sinar Online.

Muhammad adalah bekas pemimpin kanan Umno yang pernah menjadi naib presiden parti itu ketika menyertai Team Wawasan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dikaitkan dengan beberapa isu kontroversi - termasuk penikahannya dengan anggota kerabat diraja serta penahanan pihak berkuasa Australia - beliau kemudian meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Beliau menjadi menteri besar Selangor selama kira-kira 11 tahun bermula 1986 hingga 1997.

Sejak itu nama Muhammad kurang diperkatakan sehinggalah beliau mengumumkan menyertai PAS.
Ekoran perkembangan dalaman PAS pada 2015, Muhammad beralih pula kepada PKR namun kehadirannya kurang menonjol.

Bekas anggota Dewan Undangan Negeri Batang Kali selama empat penggal itu akhirnya kembali semula ke pangkuan BN melalui pengumuman 'mendebarkan' oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada 17 Sept 2017.

Muhammad kemudian mempersoalkan sama ada kerajaan Selangor sekarang benar-benar membawa agenda Melayu dalam perjuangan mereka.

"Saya nak tanya Pakatan Harapan, ada tak agenda Melayu... apa yang saya dukacita adalah mereka ini tutup asrama Yayasan Selangor.

"Adakah DAP tak setuju dengan yayasan ini?" soal Muhammad.


XOXO - UMNO dan HARAPAN sekarang masing-masing tiada agenda Islam, semuanya agenda nak membesarkan tembolok masing-masing. Begitu juga dengan spesis bekas UMNO yang keluar UMNO kerana hilang 'benda'. Tak ada dalam diri mereka agenda rakyat. Islam sahaja pilihan kita.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment